fbpx

Dapat bantuan tidak sampai sehari, anak nelayan jadi masuk USM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awang (kanan) bersyukur selepas Wan Nur'alyaa Syaza menerima bantuan daripada pelbagai pihak selepas kisah anaknya itu disiarkan menerusi akhbar Kosmo! hari ini. FOTO TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Seorang anak nelayan yang sebelum ini hampir melupakan hasrat untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang boleh memasang semula impiannya selepas memperoleh bantuan kewangan hampir RM20,000.

Bapanya, Awang Mat Nor, 62, berkata, ramai pihak yang menyalurkan bantuan kewangan secara terus ke dalam akaun selepas kisah mengenai anaknya, Wan Nur’alyaa Syaza Awang, 20, disiarkan menerusi akhbar Kosmo! hari ini.

Menurutnya, setakat ini, jumlah terkumpul yang diperoleh anaknya sebanyak RM19,800 hasil daripada sumbangan pelbagai pihak.

“Alhamdulillah, dengan bantuan itu, anak saya dapat menyambung pelajaran dalam bidang Pengajian Sarjana Muda Sastera di USM pada 4 Oktober depan.

“Pengerusi Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan, Datuk Kamarudin Md. Nor menjadi individu pertama tampil menghulurkan sumbangan peribadi sebanyak RM1,000,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Tok Bali, di sini hari ini.

Awang memberitahu, Wan Nur’alyaa Syaza juga menerima bantuan ‘one off’ menerusi program institusi pengajian tinggi awam (IPTA) / institusi pengajian tinggi swasta (IPTA) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak hari ini.

Menurutnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Nor Sham Sulaiman juga ada menghulurkan sumbangan kepada Wan Nur’alyaa Syaza selepas memperoleh keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan 3.92 pada Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 baru-baru ini.

Sementara itu, Nor Sham ketika dihubungi berkata, anak nelayan itu sudah disenaraikan sebagai penerima bantuan IPTA/IPTS DUN Semerak dan keperluannya sudah diteliti bagi membolehkan dia menyambung pengajian yang ditawarkan.

Akhbar Kosmo! hari ini melaporkan, kemiskinan menyebabkan seorang anak nelayan cemerlang STPM 2023 sukar melanjutkan pengajian ke USM Pulang Pinang pada awal bulan depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI