fbpx

Dahulu anak murid, kini suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Riesty mempunyai perbezaan usia sembilan tahun dengan suaminya. - TikTok

JAKARTA – Sepasang suami isteri dari Tanah Grogot, wilayah Kalimantan Timur menjadi perhatian pengguna media sosial kerana merupakan bekas guru dan murid yang mempunyai perbezaan usia sembilan tahun, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Riesty Irdha Julvia, 34, sebelum ini bergelar guru kepada suaminya, Ahmad Nizami Fadillah yang berusia 25 tahun.

Menurut Riesty, mereka berkahwin pada tahun lepas, namun video mengenainya dikongsikan di platform TikTok baru-baru ini.

“Saya enggan memuat naik video kami sebelum ini kerana bimbang dikecam oleh netizen kerana guru mengahwini anak murid.

“Namun, selepas hampir setahun bergelar suami isteri, saya fikir ia adalah sesuatu yang lucu. Walaupun perbezaan umur kami agak ketara, ia langsung tidak memberi apa-apa makna,” katanya kepada Wolipop.

Dalam video tular mengenai mereka, Riesty berkongsikan video pada tahun 2016 ketika suaminya masih bergelar muridnya.

Klip video seterusnya menunjukkan mereka berkahwin pada 2023.

“Kalau sudah ditakdirkan, tidak akan ke mana-mana. Saya guru, dia murid,” tulis Riesty.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Dahulu panggil ‘cikgu’ sekarang panggil ‘sayang’,” kata seorang netizen.

“Inilah yang dikatakan guruku isteriku,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI