fbpx

China, Russia, India setuju tingkat pembelian sawit – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika mengadakan kunjungan ke Felda Wilayah Sahabat di Lahad Datu, Sabah bagi menghadiri Majlis Santunan Budi, Tautan Kasih Felda Madani.

PETALING JAYA – Perdana Menteri memaklumkan bahawa Kerajaan sedang bertungkus lumus untuk meningkatkan eksport sawit yang banyak terhasil di ladang-ladang Felda di seluruh negara.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut diambil bagi meningkatkan pendapatan warga peneroka.

“Kerana itu saya gunakan setiap ruang ketika bertemu pemimpin dunia seperti China, India dan Russia untuk meningkatkan pembelian sawit Malaysia.

“Alhamdulillah, mereka menyatakan persetujuan hasil hubungan persahabatan yang akrab,”katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Terdahulu, dalam hantaran tersebut beliau telah berkunjung ke Felda Wilayah Sahabat di Lahad Datu, Sabah untuk bersama-sama warga peneroka dan barisan anggota penguat kuasa di Majlis Santunan Budi, Tautan Kasih Felda Madani.

Dalam kunjungan itu, beliau turut mengumumkan persetujuan untuk mengeluarkan tanah adat anak negeri seluas 400 hektar di Tambisan, Lahad Datu daripada kawasan Felda Wilayah Sahabat.

Jelasnya, tanah tersebut akan dikembalikan semula kepada orang kampung yang telah menduduki kawasan tersebut lebih awal sebelum Felda.

“Saya dimaklumkan bahawa perkara ini telah disuarakan sejak puluhan tahun oleh penduduk Tambisan.

“Kerajaan Madani enggan membiarkan isu ini berlarutan dan Insya-Allah, ia akan diselesaikan bersama-sama Kerajaan Sabah dan Felda dalam tempoh dua bulan,”katanya.

Selain masalah tanah, Anwar turut mengambil maklum masalah air dan elektrik yang masih membelenggu penduduk di Sabah.

“Saya juga ambil maklum masalah air dan elektrik yang masih membelenggu beberapa kawasan dan memerlukan peruntukan besar daripada Kerajaan Persekutuan.

“Saya percaya isu ini boleh diselesaikan dengan kerjasama baik daripada Kerajaan Negeri,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI