fbpx

CDM Paralimpik Paris tolak dakwaan dibuli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUBRAMANIAM (kanan) mendakwa kenyataan Megat mungkin bertujuan untuk memperbaiki sistem pengurusan kontinjen sewaktu Paralimpik Paris. - PARALYMPIC COUNCIL MALAYSIA

KETUA Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Paralimpik Paris 2024, Datuk Subramaniam Raman Nair menafikan dakwaan beliau telah dibuli oleh pihak Majlis Sukan Negara (MSN) seperti dinyatakan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin baru-baru ini.

Subramaniam menegaskan bahawa kenyataan tersebut merupakan pandangan peribadi oleh Presiden MPM dan bukan mencerminkan realiti sebenar.

Menurutnya, sebagai seorang yang berpengalaman dalam pelbagai aspek pengurusan, beliau tidak pernah merasakan dirinya dibuli oleh mana-mana pihak.

“Sudah tentu tidak ada siapa yang membuli saya, saya sudah cukup dewasa. Saya bercakap sebagai CDM, misi saya adalah untuk membawa kontinjen beraksi di sana, selesaikan misi dan membawa pulang mereka dengan selamat. Mengenai prestasi adalah perkara lain.

“Sebagai seorang bekas pegawai tentera, kami tidak tumpas dalam peperangan tetapi kalah dalam pertempuran. Sentiasa akan ada hari lain untuk berjuang kembali. Sudah tentu presiden mempunyai pandangan peribadi,” katanya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin.

Setiausaha MPM itu turut menjelaskan bahawa fokus sebenar kenyataan Megat mungkin bertujuan memperbaiki sistem pengurusan kontinjen, bukan menyalahkan mana-mana pihak.

“Saya tidak boleh bercakap bagi pihaknya, tetapi saya percaya beliau mahu mempertingkatkan sistem disebabkan itulah mengapa beliau menyalahkan pihak MSN. Saya sibuk di perkampungan sukan, bersama atlet, jurulatih, MSN dalam menentukan segala persiapan pada kemudian hari berlaku dengan baik.

“Kami tidak mahu ada perkara yang tersilap ketika pertandingan. Saya sudah cukup dewasa untuk menyelesaikannya (sebarang masalah). Ada sistem di sekeliling saya, mungkin pandangannya adalah untuk memperbaiki sistem itu,” katanya.

Kenyataan Subramaniam selepas Megat secara terbuka mengakui kegagalan kontinjen negara mencapai sasaran empat pingat emas di Paris dan pada masa sama beliau menuntut agar MSN turut mengambil tanggungjawab terhadap situasi tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI