fbpx

Buruh maut, Ford Ranger rempuh lori pasir terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memeriksa Ford Rangers dan lori yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Lata Belatan berhampiran Kampung Kuala Kubang, Besut hari ini.

BESUT – Seorang buruh binaan maut selepas kenderaan pikap, Ford Ranger dinaikinya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Lata Belatan berhampiran Kampung Kuala Kubang di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 3. 30 petang itu, mangsa, Muhammad Haziq Afiq Mohd. Aluwi, 20, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, sewaktu kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan ke sebuah stesen minyak berhampiran dari tempat kerjanya di Lata Belatan di sini.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian yang merupakan selekoh, kenderaan pikap, Ford Rangers dipandu gagal mengelak sebuah lori dikatakan termasuk ke laluan bertentangan.

“Lori itu dikatakan dalam perjalanan untuk mengambil bekalan pasir untuk projek ECRL (Laluan Rel Pantai Timur) Kampung Kuala Kubang di sini,” katanya di sini hari ini.

Abdul Rozak berkata, mayat Muhammad Haziq Afiq telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut di sini untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI