fbpx

Buruh didakwa bawa remaja tingkatan satu ke ‘bilik tidur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa Mohamad Shafiq Haikal (tengah) selepas didakwa atas pertuduhan merogol seorang remaja di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. Foto ROSALWANI CHE SOH/ KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di sebuah rumah, di sini pada minggu lalu.

Tertuduh, Mohamad Shafiq Haikal Mohd. Zaladi, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol seorang remaja berusia 13 tahun 10 bulan di sebuah rumah di sini kira-kira pukul 2 pagi pada 5 September lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Ahmad Faiz Fitri tidak mencadangkan jaminan memandangkan kes dihadapi Mohamad Shafiq Haikal merupakan kesalahan yang serius.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 13 Oktober depan untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI