fbpx

Bon Jovi selamatkan gadis atas jambatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bon Jovi berjaya menyelamatkan wanita berkenaan. - Jabatan Polis Metropolitan Nashville

NASHVILLE, TENNESSEE – Ikon rock, Jon Bon Jovi berjaya menyelamatkan seorang wanita yang berdiri di birai sebuah jambatan di Nashville, Tennessee, lapor portal berita MailOnline semalam.

Menurut Jabatan Polis Metropolitan Nashville, kejadian berlaku kelmarin ketika penyanyi berusia 62 tahun tersebut sedang merakam video muzik di laluan jambatan pejalan kaki John Seigenthaler.

Dalam klip video yang dikongsikan oleh polis tempatan, Bon Jovi dilihat mendekati wanita tersebut bersama seorang individu lain.

Dia kemudian bersandar di tepi pagar jambatan sebelum menghampiri wanita itu dan bercakap sesuatu dengannya.

Penyanyi lagu Livin’ on a Prayer tersebut kemudian menarik wanita berkenaan dari tebing  pagar serta memeluknya.

Pegawai polis bertindak balas ke tempat kejadian, dengan Ketua Jabatan Polis Nashville, John Drake memuji tindakan bintang tersebut dan berkata: “Kita semua saling memerlukan untuk membantu menjaga keselamatan satu sama lain.

“Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bon Jovi kerana membantu wanita tersebut dan menyelamatkannya.” – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI