fbpx

Bintang hoki digantung cuba beli dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CRAIG (kanan) digantung selama setahun ekoran tindakannya ketika temasya Olimpik Paris yang dianggap melanggar undang-undang dan memalukan. - AFP

CANBERRA – Bintang hoki Australia, Tom Craig telah digantung selama 12 bulan oleh badan induk sukan tersebut atas dakwaan cubaan membeli dadah jenis kokain ketika berada di Sukan Olimpik Paris 2024.

Tindakan memalukan tersebut mencetuskan suasana tidak harmoni dan kecaman peminat hoki Australia terhadap Craig selepas ditangkap oleh pihak polis Perancis pada 6 Ogos lalu kerana dadah.

Hoki Australia mengesahkan penggantungan itu dan menegaskan pemainnya itu perlu menjalani hukuman penuh selama enam bulan pergantungan dan baki enam bulan lagi bergantung kepada pematuhan terhadap syarat tingkah laku dan tatatertib.

“Craig telah menerima hukuman gantung 12 bulan dan dilarang menyertai sebarang perlawanan, pertandingan atau acara yang dianjurkan oleh Hoki Australia, termasuk Liga Hockey One dan musim Liga Pro FIH yang akan datang.

“Selain itu, Craig diwajibkan untuk menyelesaikan program latihan dan pendidikan sebagai sebahagian daripada hukumannya 12 bulan tersebut,” kata Hoki Australia dalam satu kenyataan.

Craig ditangkap pada 6 Ogos selepas pihak berkuasa menyaksikan transaksi kokain, tetapi polis membebaskan Craig tanpa sebarang dakwaan kerana jumlah kokain yang ditemui adalah kecil.

Craig sebelum ini merupakan sebahagian daripada pasukan Australia yang telah memenangi pingat emas Olimpik Tokyo (2020) dan memenangi emas di Sukan Komanwel 2018. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI