fbpx

‘Beri hukuman paling berat jika benar ajar kanak-kanak perkara tak senonoh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Muhamad Akmal

PETALING JAYA – Kerajaan wajar mempertimbangkan untuk mengharamkan sebuah syarikat yang dikaitkan dengan kes eksploitasi kanak-kanak di beberapa rumah amal sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, pihak berkuasa juga perlu mengenakan tindakan paling berat kepada pelakunya sekiranya benar penghuni rumah amal itu dididik dan diajar dengan cara meliwat.

“Jika benar (ajaran meliwat dan diliwat) berlaku, maka kerajaan dah boleh haramkan pertubuhan ini dan hukuman yang paling berat perlu diberikan kepada si pelaku.

“Mohon kepada mana-mana yang ada maklumat ataupun berada di dalam situasi sama perkara yang menyesatkan ini untuk jangan takut maklumkan kepada pihak berkuasa,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau turut menggesa pihak berkuasa menyiasat kesemua cawangan syarikat itu sebagai langkah mencegah.

“Kita mohon juga pada pihak berkuasa untuk rempuh dan siasat di setiap cawangan mereka dan pastikan perkara ini tidak berlaku di tempat lain juga.

“Perkara ini bukan Islam, ini dah ajaran syaitan,” tegasnya.

Dalam Op Global yang dijalankan antara pukul 6 hingga 11 pagi semalam, seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun diselamatkan dari 20 rumah amal dikendalikan sebuah syarikat terkenal.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati cara operasi kumpulan itu, selain diliwat dan meliwat, mangsa yang tidak sihat juga tidak dibenarkan untuk mendapatkan rawatan di klinik sehingga keadaan mereka menjadi kritikal.

Jelasnya, berdasarkan maklumat serta siasatan yang dilaksanakan, polis mengesyaki kumpulan itu melakukan kesalahan dalam kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI