fbpx

Benteng pertahanan rapuh punca seri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAGELSMANN (tengah) tetap berpuas hati dengan keseluruhan aksi pemainnya ketika seri dengan Belanda awal pagi semalam. - AFP

AMSTERDAM – Ketua jurulatih Jerman, Julian Nagelsmann menyifatkan benteng pertahanan kedua-dua pasukan rapuh ketika mencatat keputusan seri 2-2 menentang Belanda pada aksi Kumpulan C Liga Negara-Negara Eropah di Johan Cruyff Arena awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, dua gol Belanda dihasilkan menerusi Tijani Reijnders serta Denzel Dumfries, manakala Jerman pula meraih jaringan daripada Deniz Undav dan Joshua Kimmich.

Nagelsmann berkata, beliau berpuas hati dengan aksi keseluruhan yang ditampilkan barisan pemainnya pada perlawanan itu biarpun pertahanan agak goyah ketika berdepan serangan daripada The Oranje.

“Secara keseluruhan, satu perlawanan yang sangat menghiburkan walaupun benteng pertahanan kedua-dua pasukan agak rapuh. Bagaimanapun, saya gembira kerana kami menampilkan aksi cukup baik di bahagian serangan.

“Kami bangkit daripada ketinggalan satu gol dengan melakukan dua jaringan, jadi saya fikir Jerman sepatutnya menang. Walaupun seri, namun saya tidak kisah kerana sudah nampak aksi diharapkan dalam tempoh 10 hari ini,” katanya.

Sementara itu, beliau juga memandang serius aksi dalam saingan Liga Negara-Negara Eropah, tidak seperti jurulatih-jurulatih terdahulu yang hanya menganggap ia sebagai medan menguji kemampuan pemain.

“Mungkin kami belum sampai pada tahap yang dimahukan tetapi berjaya untuk mendominasi permainan. Sekiranya kami terus konsisten bermain seperti ini, saya percaya kejayaan itu akan datang,” ujar Nagelsmann. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI