fbpx

Bau badan pasangan, bau busuk yang ‘wangi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi PHM di laman Facebook.

PETALING JAYA – Bau badan pasangan yang dianggap kurang menyenangkan oleh orang lain sebenarnya boleh membuatkan seseorang merasa bahagia dan selesa.

Public Health Malaysia (PHM) pada hantaran Facebook menjelaskan, fenomena ini berkait dengan feromon, iaitu bahan kimia semulajadi yang dihasilkan oleh tubuh untuk menarik pasangan.

“Bau ini bukan sekadar bau, tetapi isyarat biologi yang penting dalam hubungan manusia.

“Kajian menunjukkan bahawa bau badan pasangan yang disukai mencerminkan keserasian genetik.

“Individu cenderung tertarik kepada bau daripada seseorang yang mempunyai sistem imun berbeza, yang membantu memastikan keturunan yang lebih sihat,” katanya.

PHM menjelaskan, fenomena ini menggambarkan bagaimana tubuh manusia secara biologi dan emosi berkomunikasi untuk memperkukuhkan hubungan.

Sehubungan itu, orang ramai seharusnya memahami dan menghargai peranan bau badan dalam hubungan, yang lebih daripada sekadar bau, malah ia isyarat penting dalam keserasian dan kasih sayang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI