fbpx

Badak air Pablo Escobar dihukum mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Populasi badak-badak Escobar kini berkembang sehingga 200 ekor. - Alamy

BOGOTA – Beratus-ratus badak air milik ketua kartel dadah Colombia, Pablo Escobar ‘dijatuhi hukuman mati’ oleh mahkamah selepas didapati mengancam hidupan liar dan alam sekitar, lapor akhbar The Sun UK kelmarin.

Badak-badak air  itu terlepas daripada kurungan selepas polis menembak mati Escobar pada 1993.

Sejak itu, pihak berkuasa berusaha mengekang badak-badak air tersebut daripada terus membiak, namun data mendapati bilangan haiwan itu berkembang sehingga 200 ekor.

Jumlah besar itu menyebabkan landskap tempatan rosak dan mengancam hidupan liar lain. Ia mencetuskan kebimbangan bahawa angka itu boleh berkembang menjadi lebih 1,000 ekor  jika badak air tersebut tidak dibunuh.

Justeru, seorang hakim Mahkamah Pentadbiran Cundinamarca mengarahkan kementerian alam sekitar untuk melaksanakan hukuman mati terhadap kesemua badak air itu dalam masa tiga bulan.

Pada Jumaat lepas, hakim sama memberi amaran bahawa usaha sebelum ini untuk mengurangkan populasi haiwan itu telah gagal, manakala bilangan badak air yang begitu banyak boleh membahayakan nyawa manusia.

Serangan ke atas nelayan telah dilaporkan di Sungai Magdalena sebelum ini. Pakar-pakar juga berpendapat bahawa populasi lembu laut boleh terancam. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI