fbpx

[VIDEO] Abang Bas kini kepala botak tunjuk ‘mini love’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABANG Bas ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majestrit Batu Pahat hari ini

BATU PAHAT – Pemandu bas yang ditahan selepas memuat naik rakaman video penumpangnya yang merupakan murid sekolah rendah sebagai orang kesayangan atau ‘crush’ sempat memberikan ‘mini love’ kepada ahli keluarganya di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Tertuduh berusia 24 tahun yang memakai baju berwarna hitam tiba di mahkamah pada pukul 9.30 pagi bagi pertuduhan memuat naik komen jelik berhubung video seorang kanak-kanak perempuan.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Osman Affendi Mohd Salleh.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan TikTok dengan nama akaun ‘Abang Bas’ yang secara sedar membuat dan menghantar komen bersifat jelik terhadap video seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dengan kapsyen ‘hari ini crush buat homework’ diikut tanda ‘love’ sambil memerhatinya.

Perbuatan itu dilakukan di Jalan Aman 2, Taman Budiman, Parit Raja, di sini, jam 11 malam, 5 September lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(3) akta yang sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurizzati Rozman manakala tetuduh diwakili peguam Umar Zulkarnain.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua belah pihak, Hakim Osman Affendi membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali dan tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Sesyen Muar selari dengan Sesyen 165 Kanun Tatacara Jenayah dengan 10 Oktober depan ditetapkan sebagai tarikh serahan dokumen dan sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI