fbpx

40 kanak-kanak tidur tilam nipis, bersesak dalam madrasah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA Penguatkuasa JHEAINS membuat pemeriksaan di sebuah madrasah kanak-kanak di Kuala Pilah minggu lalu.

KUALA PILAH – Seramai 40 kanak-kanak sebuah madrasah yang mempunyai kaitan dengan syarikat yang sedang disiasat polis terpaksa tinggal dalam keadaan bersesak, malah hanya disediakan tilam nipis.

Perkara itu terbongkar selepas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) membuat pemeriksaan terhadap dua buah madrasah pada 6 September lalu.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata, dalam serbuan itu, seramai 40 kanak-kanak lelaki berusia tujuh hingga 12 tahun berada di dalam premis berkenaan.

Beliau menyifatkan keadaan rumah satu tingkat yang dijadikan madrasah terbabit sebagai tidak kondusif untuk kanak-kanak dari segi keselamatan dan kebersihan.

“Ini kerana di situlah tempat mereka belajar, tidur makan dan melakukan aktiviti lain dalam jumlah penghuni yang ramai.

“Rumah kampung berkenaan mempunyai tiga bilik yang menempatkan bilik belajar, ruang solat, tempat makan dan bilik tidur dipercayai untuk kegunaan 40 pelajar.

“Sepanjang pemeriksaan memang tidak menjumpai sebarang katil dan hanya tilam nipis digunakan pelajar untuk tidur,” katanya.

Menurutnya, hasil semakan mendapati, madrasah itu tidak didaftarkan dengan JHEAINS bagi menjalankan aktiviti pembelajaran agama Islam di bawah peruntukan Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Negeri Sembilan) 1996.

“Pihak kami juga mengesyaki pengurusan sekolah mempunyai kaitan dengan syarikat yang sedang disiasat polis sekarang.

“Madrasah ini pernah memohon untuk berdaftar dengan JHEAINS pada 16 Jun 2023, namun tidak diluluskan kerana gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI