fbpx

13 individu jadi mangsa ‘kelentong’ program pelaburan emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishamuddin (tengah) bersama para pelabur yang ditipu program pelaburan emas tampil menyerahkan aduan di Bank Negara Malaysia, George Town, hari ini.

GEORGE TOWN – Seramai 13 individu terpaksa berputih mata apabila berdepan kerugian sebanyak RM1.63 juta selepas ditipu dua individu yang menawarkan program pelaburan pasaran emas.

Dua individu tersebut mengendalikan syarikat pelaburan emas yang mempunyai ibu pejabat di Bukit Jambul, di sini menawarkan program pelaburan emas kepada pelabur dengan menjanjikan pulangan sekitar lima hingga 10 peratus pulangan setiap bulan.

Menerusi program pelaburan emas ini yang aktif sekitar tahun 2022 hingga 2023 ada pelabur yang kerugian sehingga antara RM5,000 hingga RM500,000.

Salah seorang pelabur yang hanya mahu dikenali sebagai Mr. Tan, 48, berkata, dia bersama ibu dan adiknya kerugian RM300,000 selepas melabur dalam program syarikat berkenaan.

”Saya mengenali individu yang mengendalikan pelaburan emas ini daripada seorang rakan pada pertengahan tahun 2023 dan saya seterusnya melabur bersama ibu dan adik di dalam skim ini dengan jumlah pelaburan RM300,000.

“Saya dijanjikan pulangan pelaburan sekitar lima hingga 10 peratus sebulan, saya hanya dibayar sekitar RM50,000 sahaja dan pada Februari lalu individu yang kendalikan pelaburan ini sudah tidak dapat dihubungi lagi,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, dia turut mengajak 12 lagi kenalannya untuk menyertai pelaburan emas di syarikat berkenaan dan kesemua mereka telah menjadi mangsa penipuan syarikat tersebut yang kini menghilangkan diri.

Seorang lagi mangsa, Mr Yap, 40,berkata, dia kerugian RM500,000 selepas melabur dalam syarikat tersebut, malah kini terpaksa menganggung hutang dengan pihak bank kerana dia membuat pinjaman untuk menyertai pelaburan emas itu.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya menyerahkan aduan berkaitan kes berkenaan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini bagi membolehkan satu siasatan dijalankan terhadap kes ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI