fbpx

Yusoff Rawther ditahan selepas polis jumpa pistol, dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther ditahan selepas polis menemui dua pucuk pistol dan dadah dalam kenderaan yang dinaikinya.

Perkara itu disahkan peguam Muhammad Rafique Rashid Ali ketika dihubungi di sini, hari ini.

Peguam itu mengatakan Yusoff yang kini ditahan reman sejak Jumaat lalu menyatakan dengan jelas bahawa pistol dan dadah tersebut bukan miliknya.

“Dia (Yusoff) tiada kena mengena dengan barangan terlarang tersebut. Ujian saringan air kencing juga negatif,” kata peguam itu yang turut menyatakan reman terhadap Yusoff sehingga esok.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan perbicaraan penuh berhubung saman Muhammed Yusoff terhadap Anwar berhubung dakwaan serangan seksual terhadapnya akan bermula pada 16 Jun tahun depan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Muhammed Yusoff mendakwa serangan seksual itu berlaku pada 2 Oktober 2018 di kediaman Anwar di Segambut apabila beliau diminta oleh Setiausaha Sulit Anwar iaitu Shukri Saad untuk menyerahkan sendiri teks ucapan sempena sambutan ulang tahun ke-150 Mahatma Gandhi anjuran Pejabat Pesuruhjaya Tinggi India kepada defendan.

Sementara itu Anwar memfailkan tuntutan balas pada September 2021 dengan menyatakan dakwaan salah laku seksual itu ‘palsu dan direka’.

Dalam pernyataan pembelaan dan tuntutan balas itu, Anwar mendakwa bahawa serangan seksual yang didakwa tidak mungkin berlaku kerana pada tarikh berkenaan, beliau melayani keluarga dan rakan di kediamannya di Bukit Segambut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI