fbpx

[VIDEO] ‘Kalau kena kutip nanti tiba-tiba ada kad OKU’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang pemuda menendang dan meludah kereta Tesla di tempat letak kereta di pusat beli-belah, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemuda meludah dan menendang kereta Tesla berwarna putih di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah mengundang kecaman orang ramai.

Menerusi perkongsian @update1111 di laman X, menunjukkan sebuah keluarga terdiri daripada tiga orang sedang berjalan di hadapan kereta Tesla, namun tiba-tiba anak kepada pasangan tersebut bertindak menendang dan meludah kereta itu.

“Kalau kena kutip nanti tiba-tiba ada kad orang kelainan upaya (OKU),” tulis kapsyen pada video tersebut.

Orang ramai menjadi semakin marah apabila kelihatan bapanya ketawa melihat perbuatan tersebut dan bukannya menghalang.

Susulan kejadian itu, pemilik kereta itu telah membuat laporan polis pada hari sama.

“Pihak polis menerima laporan saya, tetapi fail tidak akan dibuka kerana tiada kerosakan fizikal,” kongsinya di media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mengecam perbuatan pemuda itu dan juga ibu bapanya.

“Kereta tu tak usik kau pun, tiba-tiba nak tendang. Hairan la aku perangai manusia ni,” tulis Zahid Zaa.

“Busuknya hati, apa la salah kereta tu,” komen khaizo.

“Dia nak rasa makanan dalam penjara, tularkan lagi biar budak ni kena angkut sekali dengan mak bapa dia,” kata Hadri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI