fbpx

[VIDEO] ‘Bro ini tidak kosong, naik pelamin tiga sekali’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan seorang lelaki naik pelamin bersama dua orang isterinya serentak.

PETALING JAYA – Keberanian seorang lelaki yang naik pelamin bersama dua orang isteri serentak bukan sahaja mendapat pujian netizen, malah ramai juga mahu berguru dengannya.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok @forestvalleyhall, memaparkan seorang lelaki bersama dua orang isterinya naik pelamin serentak dengan berjalan beriringan dan mengenakan persalinan berona merah.

Video berdurasi 33 saat itu mendapat pujian orang ramai dan meminta tip darinya.

“Ajar saya bang, satu pun tak ada lagi ni. Saya nak satu ja,” komen madfakhri55.

“Tinggi ilmu beliau, aku ni calon pon tak ada,” kata salamgempak.

“Sifu, ambillah aku sebagai anak muridmu,” kata astakonamansaur.

Di samping itu, pengguna media sosial juga berkata, tip hendak kahwin ramai adalah perlu berduit dan kaya.

“Kalau bagi RM15,000 sebulan bini pun tak kisah. Setakat cukup-cukup makan boleh simpan angan-angan jela bang,” kata hi mfs.

“Dia kena kaya ja, tu tip,” komen kirv01x.

“Kalau gini suami mesti berduit ya. Bini marah jer hulur duit. Tak ada nak merajuk makan hati walau duduk serumah,” seloroh idgafkkk.

Sehingga kini, perkongsian video tersebut mendapat 29,500 tanda suka dan ditonton sebanyak 577,400. – KOSMO! ONLINE

@forestvalleyhall #glasshall #forestvalleyhall #forestvalley ♬ เสียงต้นฉบับ – IG: WANWAN.PITA – IG: WANWAN.PITA (นำเข้าชุดจีน)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI