fbpx

UNL: De Bruyne kritik taktikal, mentaliti Belgium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE BRUYNE berang dengan mentaliti lemah para pemain Belgium setiap kali bertemu pasukan besar yang dilihat menjadi punca tewas berdepan Perancis awal pagi semalam. - AFP

LYON – Kapten Belgium, Kevin De Bruyne mengkritik mentaliti pasukan yang dianggap masih ‘lemah’ ketika bertemu negara elit selepas tewas 0-2 kepada Perancis dalam aksi Liga Negara-Negara Eropah (UNL) awal pagi semalam.

Kata De Bruyne, apa yang dialami oleh pasukan bukanlah kali pertama sebaliknya sering berlaku sebelum ini terutama ketika menentang pasukan-pasukan besar.

“Saya tidak tahu apa yang terjadi, tetapi saya tidak boleh luahkan sepenuhnya di sini (kepada umum). Namun, saya boleh rumuskan bahawa Belgium kini tidak lagi layak dilabel antara pasukan terbaik dunia.

“Aksi kali ini cukup teruk dan harus diakui kekuatan pasukan tidak sama ketika era emas tahun 2018 (sewaktu mara ke separuh akhir Piala Dunia). Apa yang berlaku di luar kawalan kerana pemain tidak berikan sepenuhnya di atas padang.

“Malah, taktikal pasukan juga tidak begitu bagus dengan menerapkan aksi bertahan dengan enam pemain di benteng pertahanan. Bagaimana, kita mahu mencipta peluang untuk menyerang?,” kata bintang Manchester City itu.

Sementara itu, pengendali Red Devils, Domenico Tedesco memahami luahan De Bruyne yang cukup beremosi selepas pasukan gagal memberikan saingan kepada Perancis.

“Dia adalah kapten pasukan yang memiliki mentaliti juara dan layak untuk bercakap tentang situasi tersebut,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI