fbpx

Tukang gunting tabah jaga isteri, anak sakit kronik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Murni (tengah) bersama isterinya, Zawiyah (kiri) dan anak mereka, Wan Nurul Asyikin ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Kolam, Kuala Ibai, Kuala Terengganu kelmarin.

KUALA TERENGGANU – Seorang tukang gunting rambut tabah menjaga isteri dan anak gadisnya yang menderita pe­nyakit kronik sejak puluhan tahun lalu.

Wan Murni Wan Abdullah, 63, berkata, anak ketiganya, Wan Nurul Asyikin, 26, dilahirkan dengan penyakit biliary atresia (BA) atau kegagalan fungsi hati.

Katanya, Wan Nurul Asyikin pernah menjalani pembedahan usus dan hempedu sewaktu berumur dua bulan.

“Pada tahun lalu, dia menjalani pemindahan hati pula, namun tahap kesihatannya semakin merosot.

“Wan Nurul Asyikin setiap bulan perlu ke Hospital Selayang, Selangor untuk rawatan susulan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kolam, Kuala Ibai di sini kelmarin.

Wan Murni memberitahu, isterinya, Zawiyah Salleh, 60, pula menderita penyakit buah pinggang sejak 2017.

Menurutnya, keadaan isteri­nya juga semakin kronik sehingga perlu menjalani dialisis sebanyak tiga kali seminggu.

Katanya, situasi tersebut menyebabkan tumpuannya sebagai tukang gunting sering terganggu, namun dia tetap tabah demi menjaga isteri dan anak perem­puan yang sakit.

“Kos perubatan mereka berdua pula mencecah RM2,000 sebulan, namun saya bersyukur menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seba­nyak RM400 sebulan.

“Selain itu, kami juga mene­rima bantuan berkala daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) serta saudara-mara yang juga banyak membantu kami,” ujarnya.

Orang ramai yang bersimpati boleh menghulurkan bantuan menerusi akaun bank milik Wan Murni bernombor 1110029001029205 (Bank Simpanan Nasional) atau meng­hubunginya di talian 012-949 0332.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI