fbpx

Tiga sekolah ditutup kekal belajar secara online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SK Kampung Maju Jaya ditutup sejak tiga hari lalu susulan pencemaran bau yang dikesan di Sungai Skudai, berhampiran sekolah tersebut.

JOHOR BAHRU – Tiga buah sekolah di daerah ini kekal melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), hari ini susulan pencemaran bau kimia yang dikesan sejak kelmarin di Sungai Skudai, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin berkata, ia melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya, Sekolah Rendah Islam Hidayah dan Sekolah Menengah Islam Hidayah.

“Penutupan ini melibatkan seramai 974 murid dan 64 guru SK Kampung Maju Jaya, 1,232 murid dan 92 guru di Sekolah Rendah Islam Hidayah, manakala 807 pelajar dan 75 guru di Sekolah Menengah Islam Hidayah. Ketiga-tiga sekolah ini akan meneruskan pelaksanaan PdPR sejak semalam,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Episod pencemaran bau di negeri itu bermula Selasa lalu apabila penduduk Kampung Melayu Pandan, di sini merasa loya dan pening kepala disebabkan pencemaran bau kimia yang turut menyebabkan sebuah tadika dan sekolah agama diarahkan tutup.

Pencemaran tersebut turut dilaporkan berlaku di tiga taman perumahan di Johor Bahru iaitu Taman Daya, Mount Austin dan Taman Istimewa.

Sehari kemudian, pencemaran bahan kimia turut dikesan di Kampung Orang Asli Pasir Intan, manakala pada Jumaat pula dikesan di di Kawasan Industri Desa Tropika, Johor Jaya.

Terbaharu pencemaran bahan kimia dikesan di Sungai Skudai, Skudai di sini kelmarin dengan beberapa murid mengalami gejala kesihatan akibat pencemaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI