fbpx

Tiada lagi suara Darth Vader

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEGENDA dunia, James Earl yang meminjamkan suaranya untu watak penjahat ikonik, Darth Vader meninggal dunia pada Isnin.

DUNIA sinema antarabangsa kehilangan legenda James Earl Jones, yang sebelum ini meminjamkan suaranya bagi watak penjahat ikonik, Darth Vader dalam francais mega, Star Wars dilaporkan meninggal dunia.

Menurut wakil syarikat pengurusannya, mendiang menghembuskan nafas terakhir pada Isnin namun tidak berkongsi punca kematian aktor berkenaan.

Bagaimanapun, difahamkan James turut menderita penyakit diabetes.

Selain watak Darth Vader, pelakon Amerika Syarikat (AS) berusia 93 tahun itu turut menyumbangkan suara dalam beberapa watak animasi terkenal lain seperti Mufasa dalam filem Lion King.

Sepanjang kerjayanya, beliau berjaya menarik minat orang ramai dengan keupayaannya membawa pelbagai watak sama ada sebagai pelakon atau pun menggunakan suaranya dalam babak animasi.

Earl Jones turut memenangi tiga anugerah berprestij termasuk dua Anugerah Emmy, Anugerah Grammy serta Anugerah Oscar bagi pencapaian sepanjang hayat.

Pada tahun 1971, beliau menjadi lelaki kulit hitam kedua yang dicalonkan untuk Academy Award bagi pelakon lelaki terbaik, selepas Sidney Poitier.

Berita kematian James turut mendapat penghormatan dalam media sosial termasuk beberapa selebriti, rakan kerja dan peminat meluahkan rasa sedih dan mengucapkan takziah buat keluarga mendiang.

James meninggalkan seorang anak lelaki iaitu Flynn Jones dan isterinya pelakon Celia Hart meninggal dunia pada tahun 1982 akibat kanser. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI