fbpx

Tiada job: ‘Paksa macam mana sekalipun, saya takkan buat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti sering tampil melakukan siaran langsung di media sosial atas tujuan mempromosikan perniagaannya yang merupakan perkara diminatinya.

PETALING JAYA – “Bukan niat saya nak membalas, tidak. Tapi janganlah cakap begitu.”

Demikian jawapan bersahaja penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila sewenang-wenangnya dicop sebagai ‘tiada job’ oleh sebilangan pihak.

Semuanya gara-gara beliau dilihat selalu menghabiskan banyak masa di laman sosial terutama TikTok bagi mengadakan siaran langsung untuk mempromosikan perniagaan.

“Sebab saya suka, maka saya akan buat apa yang saya suka.

“Kalau tak suka , jangan harap. Paksa macam mana sekalipun, saya takkan buat okey.

“Sebab saya sukalah, orang tak suruh pun saya buat,” ujarnya menerusi satu siaran langsung (live) dalam TikTok baru-baru ini.

Terdahulu, pelantun lagu Biarlah Rahsia itu diperli tiada tawaran kerja kerana sering membuat siaran langsung menjual produk sehinggakan anak tirinya, Asyraf Khalid tampil mempertahankannya.

“Macam mana boleh kata Datuk Siti tak ada job? Tahun ni sahaja dah berapa banyak konsert. Rasa macam dia tak sempat nak rehat pun, orang boleh kata tak ada job,” katanya.

Tambahnya, produk kecantikan penyanyi itu juga perlu dipromosikan memandangkan dia adalah pemilik perniagaan tersebut.

“Simplysiti adalah sebuah perniagaan, dan perniagaan tersebut perlukan marketing dan promosi juga. Nampaklah busy macam mana pun, Simplysiti tetap dihati,” jelasnya.

Terdahulu, seorang pemilik akaun platform itu mendakwa ada beberapa pihak yang mentertawakan Siti kerana sering mempromosikan produk kecantikannya, SimplySiti dan BeauSiti ketika membuat sesi live dalam TikTok.

Menurut pemilik akaun tersebut, penyanyi lagu Nadi itu tetap meneruskan kehidupannya meskipun dipandang rendah oleh segelintir pihak

“Walaupun ada pihak mentertawakan Siti Nurhaliza sebagai artis takda job (kerja) hanya sebab buat live promosi produk di TikTok atau Instagram, Siti tetap meneruskan target kehidupan tanpa peduli kata-kata nista itu.

“Terima kasih Siti kerana terus berjalan, berkongsi rezeki dan membumi,” tulis pemilik akaun tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI