fbpx

Terbuka Hong Kong: Soon Huat-Shevon ke pusingan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOON HUAT (kiri) dan Shevon hanya memerlukan masa 27 minit untuk menewaskan Sung Hyun-Hye Won di pusingan pertama hari ini. - SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Beregu campuran profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai mengetuai pemain-pemain negara melangkah ke pusingan kedua pada Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong yang berlangsung di Kowloon.

Pada aksi pusingan pertama di Hong Kong Coliseum hari ini, pasangan No.12 dunia itu meneruskan kemaraan selepas mencatat kemenangan 21-11, 21-14 ke atas beregu Korea Selatan, Ko Sung Hyun-Eom Hye Won.

Kemenangan itu menyaksikan Soon Huat-Shevon meneruskan rentak konsisten selepas melangkah ke pusingan suku akhir pada kejohanan Terbuka Korea di Seoul minggu lalu.

Menanti juara Malaysia Masters itu pusingan kedua esok adalah beregu India, B. Sumeeth Reddy-N. Sikki Reddy yang menewaskan rakan sepasukan, Tarun Kona-Priya Kudaravalli 21-9, 21-10.

Mengiringi Soon Huat-Shevon ke pusingan kedua nanti adalah dua lagi beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin dan Yap Roy King-Valeree Siow selepas mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing.

Pang Ron-Su Yin menewaskan beregu Singapura, Terry Hee-Jessica Tan 21-17, 21-16 manakala Roy King-Valeree mengenepikan cabaran pasangan tuan rumah, Deng Chi Fai-Leung Yuet Yee 21-11, 21-16.

Sementara itu, hasrat Tan Kian Meng-Lai Pei Jing untuk mara ke pusingan kedua tidak kesampaian apabila tewas 21-18, 14-21, 11-21 kepada Cheng Xing-Zhang Chi dari China manakala perseorangan lelaki, Justin Hoh tewas 7-21, 23-21, 18-21 kepada Rasmus Gemke.

Beregu lelaki muda negara, Aaron Tai-Kang Khai Xing yang turun menentang juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae juga gagal untuk melakar kejutan apabila tewas 12-21, 17-21. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI