fbpx

Taylor Swift tolak Donald Trump, buang undi untuk Kamala Harris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Taylor Swift (kanan) menangkis dakwaan ramai yang mengatakan dia merupakan penyokong Donold Trump.

Penyanyi terkenal, Taylor Swift kesal apabila dirinya menjadi mangsa kepada teknologi kecerdasan buatan (AI) yang menggunakan wajahnya mempromosikan calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Disebabkan itu, dia tampil mendedahkan calon yang akan diundinya menjelang pilihan raya Amerika Syarikat kelak.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Taylor mendedahkan dia akan mengundi Kamala Harris dan Tim Walz.

“Teknologi AI benar-benar menakutkan dan sangat berbahaya kerana boleh menyebarkan maklumat yang tidak benar.

“Hal ini membuatkan saya rasa perlu mengambil pendekatan dengan menyatakan secara terus siapa yang akan saya undi pada pilihan raya nanti.

“Saya akan mengundi Kamala Harris dan Tim Walz. Saya akan mengundi Kamala kerana dia berjuang untuk hak dan sebab-sebab yang saya percaya dia mampu untuk melakukannya.

“Dia seorang yang tenang, pemimpin yang berwibawa dan saya percaya kita akan mencapai banyak perkara untuk negara jika kita dipimpin oleh pemimpin yang tenang dan bukan huru hara,” tulisnya.

Tambah pelantun lagu Bad Blood ini lagi, dia turut kagum dengan Tim Walz yang memperjuangkan hak-hak komuniti atau golongan tertindas.

“Saya telah lakukan kajian dan saya telah pun membuat pilihan. Anda juga punya hak untuk buat kajian dan pilihan anda sendiri.

“Pesanan untuk bakal pengundi terutamanya mereka yang akan mengundi untuk kali pertama, jangan lupa untuk mendaftar,” pesannya.

Pilihan Raya Amerika Syarikat bakal berlangsung pada 5 November depan.

Dua calon daripada parti Demokrat yang diwakili oleh Kamala Harris sementelah Republikan yang diwakili oleh Donald Trump bakal bertanding bagi merebut jawatan Presiden Amerika Syarikat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI