fbpx

Syahrini masih sembunyikan wajah anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAHRINI dan suami masih tidak mendedahkan wajah anak sulung mereka kepada umum.

LEBIH sebulan menimang cahaya mata pertama, penyanyi Syahrini difahamkan masih berada di Singapura dan sudah habis berpantang selama 44 hari.

Ini kerana isteri kepada ahli perniagaan itu dilihat sudah mula membawa anaknya keluar menggunakan kereta sorong.

Menerusi gambar dimuatnaik dalam hantaran Instagram, dia yang turut ditemani suaminya, Reino Barrack kelihatan santai membawa bayi mereka mengambil angin.

Malah dipercayai sebuah majlis memperkenalkan anak mereka kepada saudara dan kenalan terdekat jugà sudah berlangsung baru-baru ini.

Begitupun wajah anak kecil yang turut dipanggil sebagai Princess R masih belum didedahkan kepada umum sejak dilahirkan 1 Ogos lalu sehingga ke hari ini.

Rata-rata peminat tidak sabar melihat wajah puteri yang diyakini comel seperti Syahrini itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI