fbpx

SUV jatuh tanah jerlus sebelum sempat dialihkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH SUV dipandu seorang lelaki jatuh ke dalam lubang benam. - Foto ABC7NY

NEW YORK – Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ‘disedut’ masuk ke dalam tanah jerlus yang dipenuhi air di New York awal kelmarin, lapor akhbar New York Post.

SUV yang dipandu seorang lelaki itu adalah milik teman wanitanya.

Ketika kejadian, mangsa cuba mengalihkan kenderaan itu ke tempat lain selepas diberitahu oleh jiran bahawa paip utama bawah tanah bangunan apartmen mereka pecah. 

“Teman lelaki saya memandu SUV itu, namun kenderaan tersebut masuk ke dalam tanah jerlus,” kata wanita berkenaan, Vincenza Malagiere.

Tanah jerlus itu terbentuk selepas paip air utama bawah tanah pecah, demikian menurut beberapa laporan.

Polis New York kemudian meminta sebuah trak tunda untuk menarik SUV tersebut keluar dari tanah jerlus tersebut.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI