fbpx

Lima bahagian badan yang tidak boleh disentuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian PHM di Instagram.

PETALING JAYA – Public Health Malaysia (PHM) berkongsi mengenai keburukan sentuhan pada sebahagian anggota badan yang boleh menyebabkan kesan emosi terutama pada kanak-kanak.

PHM dalam hantaran di Instagramnya semalam berkata, dari sudut sains, tubuh badan seperti mulut, dada, kemaluan, celah paha dan pinggul adalah kawasan yang mempunyai banyak reseptor sensitif menjadikannya lebih peka terhadap rangsangan.

“Dari perspektif neurologi, sentuhan pada kawasan-kawasan yang kaya dengan reseptor saraf ini boleh mempengaruhi emosi, mencetuskan rasa emosi yang kuat kepada kanak kanak.

“Walaupun kanak-kanak belum matang secara seksual, sistem saraf mereka masih berfungsi dan mampu bertindak balas terhadap rangsangan di kawasan-kawasan sensitif,” katanya.

Tambah PHM, jika sentuhan pada kawasan sensitif itu diperlakukan secara kerap, ia boleh menyebabkan kekeliruan kepada kanak-kanak.

“Lebih membimbangkan jika sentuhan ini dilakukan berulang kali, ia boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi keliru mengenai batasan fizikal dan sentuhan yang sihat.

“Kesan jangka panjang yang lebih berbahaya termasuk kemungkinan kanak-kanak menjadi ketagih terhadap sensasi yang dihasilkan oleh sentuhan tersebut, walaupun mereka mungkin tidak memahami implikasinya,” jelas PHM.

Dalam perkongsian sama, PHM turut menjelaskan mengenai implikasi yang lebih teruk iaitu boleh menyebabkan berlakunya ‘grooming’ (proses di mana pemangsa secara perlahan-lahan membiasakan kanak-kanak dengan sentuhan tidak sesuai). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI