fbpx

Selangor, Kedah hujan lebat pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang melanda tiga negeri sehingga 11 pagi hari ini.

Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia menjelaskan, amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka melanda seluruh negeri Perlis.

“Di Kedah pula melibatkan kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan dan Kuala Muda. Cuaca sama turut melanda beberapa tempat di Selangor iaitu Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat,” lapor MetMalaysia.

Sementara itu, MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI