fbpx

Sanggup seludup PATI demi upah RM200

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi 21 warga Myanmar ditahan kerana cuba membolosi sempadan negara dari Thailand di Padang Besar, semalam.

PADANG BESAR – Cubaan 21 warga Myanmar termasuk seorang tekong untuk menyeludup masuk ke negara ini gagal apabila kesemua mereka ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 3 di laluan keselamatan Malaysia-Thailand di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah berkata, operasi rondaan berkala yang dijalankan kira-kira pukul 12.15 tengah malam di kawasan KTJ Pos C-15 Chuping berjaya menahan 17 lelaki serta empat wanita berusia antara 19 hingga 49 tahun.

“Semua warga asing terbabit dipercayai menceroboh masuk melalui pagar keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand. Hasil pemeriksaan mendapati semuanya gagal kemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Siasatan awal turut mendapati salah seorang daripada mereka iaitu seorang lelaki berusia 24 tahun mengaku bertindak sebagai tekong dan pemandu arah bagi kumpulan itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, tekong itu dikatakan menerima upah sebanyak RM200 bagi setiap individu yang cuba diseludup dan mendapat arahan daripada seorang ejen di negara jiran.

“Kumpulan ini dipercayai masuk ke Malaysia untuk bekerja. Semua 21 warga asing terlibat ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar untuk siasatan lanjut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI