fbpx

Polis buru lelaki selamba tunggang skuter tanpa topi keledar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar seorang lelaki menunggang skuter secara melulu dan tidak memakai topi keledar di KM 291 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan, Gopeng kira-kira pukul 7.45 malam semalam. Foto MEDIA SOSIAL

GOPENG – Polis giat mengesan seorang lelaki menunggang skuter secara berbahaya tanpa memakai topi keledar di Kilometer (KM) 291 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini pada pukul 7.45 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud, berkata, pihaknya mengesan sebuah video dipercayai dirakam pengguna lebuh raya sama di media sosial.

“Buat masa ini, kita belum pasti sama ada lelaki itu di bawah pengaruh alkohol atau dadah serta bila kejadian sebenar berlaku.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan membahayakan orang awam,” katanya di sini hari ini- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI