fbpx

Pesakit ditemui dalam ketuhar kantin hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SATU mayat pesakit ditemui dalam ketuhar Hospital Besar Kettering, Jumaat lalu. - Foto BBC

LONDON – Satu siasatan dimulakan selepas seorang pesakit ditemui mati di dalam ketuhar katering di sebuah hospital di Britain, lapor laman berita Metro UK semalam.

Polis dikerahkan ke Hospital Besar Kettering selepas satu mayat lelaki yang identitinya tidak didedahkan ditemui pada Jumaat lalu.

Lokasi kejadian di hospital itu telah ditutup ketika anggota-anggota polis menyiasat, manakala kematian pesakit tersebut tidak dianggap sebagai mencurigakan.

Setakat ini, tiada maklumat dikeluarkan tentang bagaimana lelaki itu berada di dalam ketuhar, manakala siasatan di sekitar kawasan tragedi itu sedang dilakukan.

Ketua Jururawat Kumpulan Hospital Universiti Northamptonshire, Julie Hogg berkata: “Kami sedang bekerjasama dengan Polis Northamptonshire supaya mereka dapat menyiapkan laporan untuk koroner mengenai keadaan kejadian tragis ini.

“Kami tidak akan mengulas lanjut buat masa ini.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI