fbpx

Percaya keupayaan Pegawai AADK tangani isu ketagihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Anuar hadir Program Ramah Mesra bersama warga Puspen Papar.

PETALING JAYA – Semua pihak diharapkan dapat memberi keyakinan kepada keupayaan pegawai pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam usaha merawat pulih, mencegah dan menguatkuasa undang-undang khususnya berkaitan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, semua pegawai AADK mempunyai latihan yang cukup dan lengkap berpengetahuan dalam bidang berkaitan sebelum diberi peranan sebagai pegawai pemulihan.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar semua pihak dapat bekerjasama dengan AADK bagi memastikan musuh nombor satu negara itu dapat dibasmi.

“Malah kerjasama komuniti penting kerana antara perkara penting dalam Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. Pindaan 2024 ada berkaitan penglibatan masyarakat.

“Saya juga ingin menyatakan bahawa AADK turut menjadi rujukan agensi berkaitan dadah dalam dan luar negara terutama berkenaan tiga bidang teras utama yang dilaksanakan AADK khsusunya aspek rawatan dan pemulihan yang dijalankan sama ada secara institusi di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) mahupun secara komuniti di Pejabat AADK Daerah dan Pusat Rawatan dan Pemulihan Komuniti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, beliau hadir dan berucap merasmikan Program Ramah Mesra selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri bersama Warga Puspen Papar, Sabah sempena lawatan singkat di Sabah hari ini.

Turut hadir bersama ialah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Khairul Anwar Bachok; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Manis, Mohd Tamin @ Tamin Zainal; Pengarah Puspen Papar, Roswati Apin dan Ketua Polis Daerah Papar, Supritenden Kamaruddin Ambo Sakka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI