fbpx

Penemuan rangka: Polis tidak terima laporan keluarga hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOJI kumbahan di Taman Seri Penawar, Bandar Penawar lokasi penemuan rangka manusia oleh kontraktor pembersihan, kelmarin.

KOTA TINGGI – Polis masih tidak menerima sebarang laporan keluarga hilang susulan penemuan satu rangka manusia di loji kumbahan dekat Taman Seri Penawar, Bandar Penawar di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, pihaknya juga tidak ada menerima laporan melibatkan pekerja hilang di kawasan loji itu yang boleh mengaitkan dengan penemuan rangka tersebut.

Katanya, pihak polis kini masih menunggu laporan lanjut daripada pihak perubatan selepas spesimen tulang dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.

“Setakat ini tiada perkembangan terbaru. Kes masih diklasifikasikan mati mengejut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Yusof turut menyeru orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Asnalisz Zainal di talian 016-444 6871 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis daerah Kota Tinggi ditalian 07-883 7222.

Terdahulu media melaporkan satu rangka manusia ditemui di loji kumbahan di Taman Seri Penawar, Bandar Penawar, di sini oleh kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi berkenaan.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan telah menjumpai kain pelikat tersangkut pada mesin kisar tapis sampah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI