fbpx

Pendaftaran Larian Keluarga Malaysia dilanjutkan sehingga Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LKM 2024 2024 akan dilanjutkan sehingga 15 September (Ahad) ekoran masih terdapat permintaan yang menggalakkan daripada orang ramai.

PETALING JAYA – Pendaftaran Larian Keluarga Malaysia (LKM) 2024 akan dilanjutkan sehingga 15 September (Ahad) ekoran masih terdapat permintaan yang menggalakkan daripada orang ramai.

Keputusan tersebut dibuat Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) dan penganjur bersama, Ten Senses (M) Sdn. Bhd. walaupun pendaftaran LKM 2024 telah ditutup 7 September lalu.

“Orang ramai diseru untuk tidak melepaskan peluang ini dan segera mengesahkan penyertaan melalui laman web https://www.ticket2u.com.my/event/36349/larian-keluarga-malaysia-2024 sebelum 15 September ini.

“Cabutan bertuah bernilai lebih RM70,000 akan menanti para peserta yang mendaftar seperti sebuah kereta Perodua Axia, telefon bimbit, pakej percutian serta pelbagai hadiah menarik lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

LKM 2024 merupakan larian amal bagi mengumpul dana untuk membantu anak-anak yatim dan yatim piatu yang hilang tempat bergantung akibat Pandemik Covid-19.

YKM memerlukan dana sekurang-kurangnya RM5 juta setahun untuk memastikan kira-kira 1,000 anak yatim di bawah kendaliannya mendapat pendidikan yang sempurna dan memastikan kebajikan mereka terbela.

Larian ini akan disertai oleh Perdana Menteri ke-9 yang juga Pengerusi YKM, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Duta LKM, Khairy Jamaluddin.

Turut sama menyertai larian ini ialah lagenda-lagenda sukan negara seperti, pemenang pingat perak sukan Olimpik 2016, Goh Liu Ying dan Jaguh Bina Badan Asia, Datuk Malek Nor.

Maklumat lanjut mengenai Yayasan Keluarga Malaysia boleh didapati di laman web https://yayasankeluargamalaysia.org.my atau hubungi talian 03-22027493. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI