fbpx

Pelancong China kritik makanan Singapura tidak pedas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan wanita dari China itu ditemu bual dan ditanya tentang perbezaan antara China dan Singapura. - TikTok

SINGAPURA – Sebuah klip video tular di media sosial Singapura memaparkan seorang pelancong dari China mengkritik negara itu yang dikatakan terlalu mahal dari segi kos dan lemah dalam aspek makanan, lapor saluran berita Must Share News semalam. 

Rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @anythingneng memaparkan seorang pelancong disoal tentang perbezaan antara Singapura dan China. 

Dia mendakwa bahawa masakan China lebih sedap, manakala makanan Singapura tidak mempunyai ‘keaslian’. 

“Tidak banyak hidangan yang masin dan pedas di Singapura,” katanya.

Bahkan, wanita itu berkata, kos perbelanjaan terutamanya pengangkutan, terlalu mahal. 

“Saya belajar di Shanghai sebelum ini dan ia mungkin dua kali ganda lebih mahal di sini (Singapura),” tambahnya. 

Rakaman itu merekodkan lebih 14,000 tontonan bersama 113 tanda suka. 

“Anda akan mendapat apa yang anda bayar,” kata seorang netizen. 

“Anda seharusnya tinggal di China sahaja,” sindir netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI