fbpx

‘Otak saya tiba-tiba shutdown, tak tahu ada di mana’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gurmit Singh mendedahkan pernah mendedahkan masalah kesihatan yang kronik sebelum kembali pulih. – SYAKIR RADIN

KUALA LUMPUR – Bagai mati hidup semula. Itulah yang dirasai oleh pelawak yang terkenal dengan watak Phua Chu Kang, Gurmit Singh apabila jantungnya pernah berhenti berdegup selama lebih 30 saat.

Gurmit atau nama lengkapnya Gurmit Singh Virk Chainchal Singh, 59, memberitahu, kejadian yang berlaku pada 2017 itu bermula dengan insiden dia gagal mengingati sesebuah lokasi.

Otak saya tiba-tiba seperti ‘shutdown’ sampai tidak tahu di mana saya berada. Kemudian isteri saya telefon bertanyakan tentang keberadaan saya.

“Saya jawab tidak tahu, tetapi tempat ini dipenuhi dengan lokar. Kemudian saya baru sedar yang berada di gim. Tetapi, anehnya saya tidak dapat mengingati bagaimana saya boleh berada di sana.

“Selepas membuat pemeriksaan MRI (pengimejan resonans magnetik), saya kemudian berjumpa dengan parkar neurologi (saraf) dan pakar kardiologi (jantung). Ketika sedang mendapat rawatan jantung saya tiba-tiba berhenti lebih 30 saat,” katanya.

Gurmit yang ditemui dalam majlis sidang media Phua Chu Kang: The Greatest Show Man di sini hari ini, memberitahu, kejadian itu membuatkan dia berasa bersyukur kerana masih dapat meneruskan hidup sehingga ke hari ini.

“Setiap hari selepas bangun saya sentiasa bersyukur kepada Tuhan kerana beri saya peluang untuk hidup lagi.

Kita semua tidak tahu bila kita akan mati. Jadi setiap hari saya menjalani hari saya dengan penuh semangat dan positif, kerana bila-bila masa saja kita akan mati,” katanya.

Pelawak dari Singapura itu turut memberitahu, dia sebelum ini pernah mengalami tahap kolestrol tinggi dalam badan sehingga dikhuatiri mengancam nyawa.

“Pada 2002 tahap kesihatan saya agak teruk dan waktu itu saya kerap muntah. Setelah buat pemeriksaan kesihatan doktor mengatakan tahap kolestrol saya tinggi.

Awalnya saya tidak percaya kerana rasa badan sihat. Tetapi, selepas dinasihati doktor saya mula mengamalkan diet seimbang, melakukan aktiviti sukan dan rajin ke gim,” katanya.

Untuk info Phua Chu Kang: The Greatest Show Man yang dibawakan oleh Popcorn Studio Sdn Bhd merupakan pementasan komedi berdiri oleh Gurmit sebagai Phua Chu Kang di HGH Convention Centre Sentul.

Selain Gurmit, persembahan yang dijangka berlangsung selama dua jam 30 minit itu turut dihiburkan dengan pelawak Russell Curtin dan Rizal Van Geyzel. – HIBGLAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI