fbpx

Op Global: Sekolah rendah, pertubuhan kebajikan antara diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekolah Rendah Islam yang dipercayai diserbu polis dalam operasi itu.

KLANG – Sebuah sekolah rendah Islam dan pusat pertubuhan kebajikan di Bandar Bukit Raja di sini, dipercayai antara dua premis yang diserbu polis hari ini.

Tinjauan Kosmo! hari ini mendapati kedua-dua premis yang berada dalam taman perumahan berasingan itu sudah ditutup.

Seorang pengawal keselamatan berusia 30-an dikenali berkata, dia melihat beberapa kenderaan polis termasuk van berada di kawasan perumahan itu pagi tadi.

“Sekolah rendah itu sememangnya hanya berada berdekatan pondok pengawal di taman ini. Saya juga tidak pasti apa yang berlaku dan polis dilihat beredar kira-kira pukul 8.30 pagi tadi,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, usaha untuk meninjau ke sebuah pusat pertubuhan kebajikan berdekatan gagal kerana dikawal pengawal keselamatan bertugas.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI