fbpx

MoU, kerjasama strategik majukan industri UAV Malaysia – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Mara Corporation dan Honeycomb Aerospace Technologies (Beijing) Co. Ltd., di Shanghai, hari ini.

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Mara Corporation dan Honeycomb Aerospace Technologies (Beijing) Co. Ltd., di Shanghai, hari ini.

Menurut beliau, kerjasama strategik itu menandakan langkah besar ke arah memajukan industri teknologi kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) di Malaysia melalui pemindahan ilmu dan teknologi.

“Antara pencapaian utama melalui kerjasama ini adalah pembangunan fasiliti pemasangan produk UAV di kampus UniKL MIAT Sepang, di mana proses pemasangan dan pemindahan teknologi ini akan dimulakan seawal minggu hadapan.

“Ini adalah langkah penting untuk memenuhi permintaan pasaran serantau yang semakin berkembang, termasuk di China dan Indonesia,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, penglibatan UniKL dan sokongan penuh kepada agenda Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) telah membuka peluang besar kepada pelajar serta tenaga kerja tempatan untuk meningkatkan kemahiran dalam industri ini.

Jelasnya, komitmen itu juga melibatkan pelaburan besar berjumlah RM100 juta untuk membangunkan fasiliti pemasangan dan kilang pembuatan UAV, menjadikan Malaysia berpotensi sebagai hab teknologi UAV bagi rantau Asia Pasifik hingga ke Timur Tengah bermula tahun hadapan.

“Saya yakin melalui usaha ini kita akan dapat melonjakkan kemampuan Malaysia dalam industri ini dan mengukuhkan hubungan ekonomi serantau.

“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, semoga kerjasama ini menjadi kejayaan besar yang membuka lebih banyak pintu peluang untuk negara dan rakyat secara keseluruhannya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI