fbpx

Mohamed Khaled adakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawat dari UAE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled (kiri) dan Mohamed Mubarak Fadhle pada sesi pertemuan pada SSD 2024 di Seoul hari ini.

SEOUL, KOREA SELATAN- Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin terus mengukuhkan hubungan persahabatan antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila mengadakan mesyuarat dua hala dengan Menteri Negara bagi Hal Ehwal Pertahanan, Mohamed Mubarak Fadhle Al Mazrouei hari ini.

Pertemuan secara empat mata itu diadakan pada sesi Dialog Pertahanan Seoul (SDD) 2024 di mana turut memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama dalam bidang pertahanan antara kedua negara.

Mohamed Khaled berkata, tujuan mesyuarat dua hala itu diadakan bagi mengukuhkan hubungan pertahanan yang sedia ada antara Kuala Lumpur dan Abu Dhabi.

“Antara perkara yang saya bincangkan dengan Mohamed Mubarak Fadhle adalah cara untuk memperkasakan hubungan tentera-ke-tentera antara Malaysia dan UAE.

“Kami memberi keutamaan kepada kerjasama tentera dua hala yang telah terjalin sebelum ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Mohamed Khaled menghadiri pembukaan SSD 2024 yang dirasmikan Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck-Soo.

Mohamed Khaled juga merupakan antara barisan menteri daripada lapan negara antarabangsa yang dijemput bagi menyertai dialog yang memasuki edisi ke-13 tahun ini.

Bertemakan ‘Meneroka Cabaran Keselamatan dan Kerjasama Antarabangsa, Dialog Pertahanan Seoul 2024 menetapkan sasaran untuk mencapai kemajuan setara menerusi perbincangan mengenai dasar keselamatan yang dihadiri lebih 900 delegasi daripada 64 negara.

Untuk rekod, ini merupakan lawatan pertama Mohamed Khaled ke Korea Selatan sejak pelantikannya sebagai Menteri Pertahanan pada 12 Disember tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI