fbpx

‘Mereka tidak akan terlepas’ – Bapa Al Fateh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fikry (kiri) dan Allahyarham Al Fateh.

MELAKA – Bapa kepada Muhamad Al Fateh Amri Mohd. Fikry Amri, bayi lapan bulan yang maut selepas dibedung, disumbat botol susu dan ditekup bantal oleh pengasuhnya akan memastikan semua pihak bertanggungjawab di atas tragedi itu.

Mejar Ir. Ts. Mohd. Fikry Amri Abd Halim, 39, menegaskan perkara itu melalui coretannya di laman sosial Facebook, malam tadi.

Katanya, dia dan isteri, Sabrina Hakiem Zaini, 39, akan menuntut bela atas kematian bayi mereka dengan memastikan semua pihak termasuk pengasuh dan pemilik taman asuhan kanak-kanak (taska) yang menjaga Al Fateh berdepan tindakan udang-undang.

“Kami akan ambil tindakan undang-undang semaksimumnya supaya menjadi pengajaran dan iktibar kepada mereka yang lain supaya tiada lagi anak-anak taska lain menjadi mangsa korban seterusnya.

“Mohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya memandang serius perkara ini,” tulisnya.

Tulisnya lagi, dia juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyokong dan prihatin dengan nasib yang menimpa mereka sekeluarga.

“Mohon doakan saya dan isteri terus kuat bagi meneruskan kehidupan dan perjuangan menuntut bela ini serta bersama-sama membantu sesama kita.

“Pihak berwajib sila jalankan amanah dan tanggungjawab. Pangkat dan jawatan diberi adalah untuk berkhidmat kepada rakyat, nanti di akhirat kelak kita semua akan dihisab di hadapan Allah,” tulisnya.

Terdahulu, Kosmo! pada Jumaat lalu melaporkan Muhammad Al Fateh meninggal dunia dipercayai akibat perbuatan seorang pengasuh wanita di sebuah taska di Taman Kelemak Utama.

Al Fateh didakwa telah dibedung, disumbat dengan botol susu sebelum ditekup mengggunakan bantal oleh pengasuhnya yang berusia 34 tahun.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Mohd. Fikry yang melihat kejadian tidak berhati perut itu dilakukan suspek melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di premis terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI