fbpx

Lelaki rempuh kedai bekas kekasih selepas berpisah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
McBurnie merempuh cermin hadapan perniagaan pengebumian milik Turnbull. - Borders Press Agency

LONDON – Seorang lelaki berdepan hukuman penjara ‘untuk tempoh lama’ kerana merempuh kedai milik bekas kekasihnya dalam cubaan membunuh mangsa selepas hubungan mereka putus, lapor akhbar The Sun UK.

William McBurnie merempuh cermin hadapan perniagaan pengebumian milik Zoe Turnbull, selepas wanita itu berpisah dengannya.

Ahli perniagaan berusia 46 tahun itu berada di pejabat bersama ibunya, Beverly Turnbull, 71, yang mengalami serangan jantung beberapa minit selepas kereta tertuduh merempuh premis di Jalan Utama Jedburgh, England.

Mahkamah Tinggi Livingston ketika perbicaraan diberitahu bahawa tertuduh mengganggu mangsa dengan teks, e-mel dan mesej tanpa henti selama beberapa bulan yang membawa kepada insiden pada Disember 2022 tersebut.

Menurut mangsa, tertuduh sering mempamerkan sikap ganas ketika mereka menjalin hubungan, menyebabkan dia nekad memutuskan hubungan mereka.

Hakim Mulholland berkata: “Anda cuba membunuh dua wanita yang tidak melakukan apa-apa selain bekerja. Ia adalah perkara yang sangat serius dan anda akan dijatuhkan hukuman penjara yang sangat lama.” – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI