fbpx

Kakitangan perubatan DRC rayu segera hantar vaksin mpox

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Media merakam penerimaan kumpulan vaksin mpox yang disumbangkan oleh Kesatuan Eropah Lapangan Terbang Antarabangsa Kinshasa pada 5 September lalu. - AFP

KINSHASA – Kakitangan perubatan barisan hadapan yang memerangi wabak mpox di timur Republik Demokratik Congo (DRC) menggesa lebih banyak bantuan antarabangsa untuk menghantar vaksin bagi membendung jangkitan baharu, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam. 

Menurut kakitangan yang ditugaskan di pusat rawatan wilayah Kivu Selatan, lebih ramai pesakit tiba pada setiap hari terutamanya bayi, selain mereka juga kekurangan peralatan penting. 

Mpox yang dahulunya dikenali sebagai cacar monyet, adalah penyakit berbahaya dan telah membunuh sekurang-kurangnya 635 orang di DRC pada tahun ini. 

Kira-kira 20,000 vaksin yang didermakan oleh Suruhanjaya Eropah telah diterima di ibu negara, Kinshasa pada minggu lalu. 

Bagaimanapun, vaksin itu masih belum diedarkan ke seluruh negara dan ia mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk tiba ke wilayah tersebut. 

“Kami mengetahui dari media sosial bahawa vaksin itu sudah tersedia,” kata seorang jururawat, Emmanuel Fikiri.

Tambah Fikiri, penghantaran vaksin akan memakan masa yang lama kerana ia perlu disimpan pada suhu yang tepat iaitu di bawah paras beku, untuk mengekalkan potensinya. 

“Keadaan itu perlu dikekalkan terutamanya apabila ia perlu dihantar ke kawasan luar bandar Kivu Selatan seperti Kamituga, Kavumu dan Lwiro, di mana wabak itu berleluasa,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI