fbpx

‘Just the two of us’ – Fify, Niezam hangat dilamun cinta?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fify kini dikatakan sedang bercinta dengan Niezam Zaidi.

PETALING JAYA – Tiada angin tiada ribut, pelakon Fify Azmi mengundang tanda tanya netizen apabila dilihat mesra dengan aktor, Niezam Zaidi seperti memberi bayangan sedang dilamum cinta.

Spekulasi tercetus apabila Fify atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mohamed Azmi, 34, memuat naik video meluangkan masa bersama Niezam,31, yang menunjukkan keintiman seolah-olah dibuai asmara.

Meskipun tidak pernah berkongsi kisah cinta kepada umum, tetapi kapsyen yang ditulis pelakon filem Wira itu menjadi petanda wujudnya hubungan istimewa antara mereka.

“Just the two of us (hanya kita berdua),” tulisnya ringkas dalam TikTok.

Semakan menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira melihat kebahagiaan pasangan itu selain mendoakan agar hubungan mereka kekal hingga ke jenjang pelamin.

“Wah, nampak macam sesuai, kalau betul bercinta jaga hubungan baik-baik ya, moga sampai ke atas pelamin,” komen netizen itu.

“Ini macam bagi bayangan mereka sedang bercinta, tahniah!,” komen seorang pengguna media sosial.

“Eloklah masing-masing pun bujang, tak payah bercinta lama-lama, terus kahwin!,” demikian antara komen netizen.

Usaha HibGlam untuk mendapatkan pengesahan dan kenyataan daripada Fify tidak berjaya apabila dia gagal dihubungi.

Sebelum ini, Fify pernah menjalinkan hubungan dengan pelakon Nafiez Zaidi namun cinta mereka kandas di tengah jalan.

Niezam pula bercinta bersama penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah sekitar Jun 2020, namun mengambil keputusan untuk berpisah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI