fbpx

[VIDEO] Jururawat pusat jagaan pantang sebabkan kematian bayi 30 hari direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa seorang jururawat (tengah) untuk direman bagi membantu siasatan kes pengabaian bayi berusia 30 hari di Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini. Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Seorang jururawat di sebuah pusat jagaan berpantang direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes pengabaian sehingga menyebabkan kematian seorang bayi lelaki berusia 30 hari, kelmarin.

Perintah tahanan reman bermula hari ini sehingga Selasa depan terhadap wanita berusia 22 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid.

Ia bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Kosmo! Online semalam melaporkan, seorang bayi lelaki yang baru berusia 30 hari meninggal dunia selepas diberi susu oleh seorang jururawat yang ditugaskan menjaga bayi berkenaan di sebuah pusat jagaan berpantang, di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, bayi tersebut disahkan meninggal dunia semasa dibawa untuk rawatan di Kota Bharu Medical Centre (KBMC) di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pengabaian sehingga menyebabkan kematian seorang bayi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu kira-kira pukul 8.24 pagi semalam.

Menurutnya, siasatan mendapati, kejadian berlaku di sebuah pusat jagaan berpantang di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI