fbpx

‘Ini baru dunia belum akhirat, bertaubatlah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosnah (kanan) ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini.

IPOH – Seorang guru besar di sebuah sekolah di Teluk Intan didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memalsukan dokumen bagi pembelian piano digital bernilai RM10,200, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Rosnah Mat Zain, 57, juga berdepan hukuman penjara satu bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Hukuman itu dijatuhkan selepas Rosnah mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.

Pada prosiding itu, Ibrahim menasihatkan tertuduh supaya lebih berhati-hati dalam membuat keputusan sebagai penjawat awam.

“Ini baru (hukuman) dunia, belum akhirat. Bertaubatlah,” katanya.

Mengikut pertuduhan pilihan, tertuduh yang bertugas sebagai guru besar di Sekolah Kebangsaan (SK) Convent di Teluk Intan telah menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu invois Brickwork Resource bertarikh 6 Desember 2021.

Dokumen itu digunakan sebagai pembayaran pembelian piano digital berjenama Roland dan bangku berwarna hitam berjumlah RM10,200 yang mana tertuduh mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen tersebut adalah palsu.

Tertuduh melakukan perbuatan itu di SK Convent di Teluk Intan dalam daerah Hilir Perak pada 9 Disember 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI