fbpx

Hujan lebat, ribut petir di 6 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan ribut petir akan melanda enam negeri sehingga 7 malam hari ini.

Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia menjelaskan, amaran hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda seluruh negeri Perak.

“Antara kawasan yang terlibat di Perak ialah Hulu Perak dan Kuala Kangsar. Di Kelantan pula melibatkan kawasan Jeli dan Tanah Merah.

“Selain itu, turut menerima cuaca sama di Pahang di beberapa tempat seperti Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh,” lapor MetMalaysia.

Hujan lebat dan ribut petir juga dijangka melanda Negeri Sembilan iaitu di kawasan Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

“Cuaca sama turut melanda Melaka (Jasin) dan Johor di Tangkak, Muar, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Begitu juga di Sabah melibatkan kawasan Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI