fbpx

Hubungan diplomatik Malaysia-China diperkukuh – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid mengadakan lawatan kerja lima hari ke China.

PETALING JAYA – Lawatan kerja ke China merupakan satu lagi langkah penting dalam memperkukuhkan hubungan antara Malaysia dan China berlandaskan prinsip saling menghormati dan kerjasama erat.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sepanjang lawatan rasmi ke Lianyungang, China itu, kedua-dua negara bukan sahaja berkongsi peluang dan pengalaman berharga, malah turut menekankan kepentingan keselamatan serantau dan kerjasama strategik.

“Isu keselamatan terutamanya dalam konteks jenayah rentas sempadan menjadi fokus utama dalam memastikan kedua-dua negara terus bekerjasama untuk menjamin kestabilan dan keselamatan bersama.

“Dengan komitmen yang teguh, saya percaya hubungan ini akan terus berkembang dan mencapai pencapaian yang lebih besar pada masa hadapan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid mengadakan lawatan kerja lima hari ke China bermula 8 hingga 12 September.

Lawatan tersebut bertujuan meningkatkan lagi hubungan Malaysia-China sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI