fbpx

Geram tengok Ayu Ting Ting peluk Ji Chang-wook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYU Ting Ting dicemburui kerana beraksi mesra bersama bintang Korea, Chang Ji-wook.

GAMAT peminat drama Korea Selatan apabila aktor tinggi lampai, Ji Chang-wook berkunjung ke Jakarta, Indonesia memenuhi komitmen kemunculan dalam sitkom berjudul Lapor Pak.

Menampilkan edisi khas bersama Ji Chang- wook, menariknya siri tersebut turut memaparkan babak-babak ‘oppa’ Korea itu dipeluk penyanyi juga pelakon, Ayu Ting Ting.

Menurut ibu tunggal anak satu itu, beberapa kali adegan tersebut terpaksa diulang namun semuanya dibuat keizinan Chang-wook.

Kata Ayu, dia juga berdebar-debar sebelum masuk ke set kerana aktor berusia 32 tahun itu antara bintang kesukaannya.

Momen bersama Chang-wook turut dikongsikan dalam Instagram yang meraih pelbagai komen netizen. Paling lucu, peminat mula meluahkan rasa cemburu kemesraan dua selebriti itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI