fbpx

FujiFilm lancar Link 3 tingkatkan pengalaman fotografi daripada penggambaraan hingga percetakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kensuke Aragane (tiga dari kiri) pada majlis pelancaran produk terbaharu FujiFilm di Petaling Jaya hari ini.

PETALING JAYA – FujiFilm Malaysia (Fujifilm) optimis terhadap produk terbaharu yang dilancarkan hari ini iaitu pencetak telefon pintar, instax mini Link 3 (Link 3) bakal mendapat tempat dalam kalangan peminat fotografi serta kepada mereka yang suka menyimpan gambar-gambar kenangan dalam bentuk cetakan.

Inovatif syarikat kini boleh dilihat melalui kemunculan instax mini Link 3 yang boleh mencetak imej daripada telefon pintar pada filem intstax satu bersaiz kad.   

Pengarah Urusan FujiFilm, Kensuke Aragane berkata,  Link 3 adalah generasi ketiga dalam siri instax mini Link, yang terkenal dengan populariti globalnya serta kemampuannya memberikan pengalaman menyeronokkan bersama rakan-rakan. 

Menurut beliau, selain fungsi cetakan segera yang praktikal, Link 3 dilengkapi dengan dua fungsi baharu iaitu instax AiR Studio dan Click to Collage.

Jelas beliau, instax AiR Studio akan membolehkan pengguna mengambil gambar dengan kesan AR tiga dimensi untuk menghias ruang dengan menggunakan aplikasi khusus. 

Click to Collage pula membolehkan pengguna mencipta cetakan kolaj daripada siri foto, serupa dengan pengalaman dalam bilik foto.

“Fungsi-fungsi baharu ini bukan sahaja memberikan momen menyeronokkan bersama kumpulan besar, tetapi juga memperkayakan pengalaman santai bersama kumpulan kecil, meningkatkan keseluruhan pengalaman daripada penggambaran hingga ke pencetakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Link 3 dan dalam masa yang sama, syarikat turut memperkenalkan filem format mini Sprinkles di sini.

The instax mini Link 3 Fun Kit termasuk satu pencetak bersama-sama dua pek filem bercampur telah mula dilancarkan di pasaran dan dijual pada harga RM628.

Mengulas lanjut, Aragane berkata, pihaknya juga turut memperkenalkan Printer Smartphone Terbaharu, instax mini Link 3 yang menampilkan fungsi-fungsi baharu yang menarik lantas menjadikan ruang yang menyeronokkan untuk mengambil gambar dengan kesan AR 3D.

 “Sejak dilancarkan pada tahun 2019, siri Link telah diterima oleh pelbagai generasi di seluruh dunia kerana kemampuannya mencetak imej yang disimpan dalam telefon pintar ke atas filem instax pada bila-bila masa dan di mana sahaja dengan kualiti tinggi, melalui aplikasi khusus menggunakan bluetooth,” ujarnya.

Tambah beliau, daya tarikan siri instax  Link terus berkembang dengan pengenalan instax Link Wide, yang serasi dengan filem instax format lebar, dan instax Square Link, yang mencetak imej pada filem instax format segi empat sama.

Rekaan badan baharu menampilkan logo instax yang direka di atas garis menegak ikonik pada badan siri mini Link, apabila kuasa dihidupkan, tiga warna LED di bawah logo menyala dalam warna, melambangkan keseronokan pengalaman Link 3. 

Link 3 baharu ini boleh didapati dalam tiga warna yang sepadan dengan trend semasa, putih tanah liat, merah jambu mawar dan hijau sage, menawarkan pelbagai warna untuk memenuhi setiap cita rasa dan pilihan individu.

“FujiFilm akan terus mengembangkan dunia sistem foto segera instax yang membolehkan orang ramai menikmati cetakan foto secara langsung,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI